SOALAN LAZIM
BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-23
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

  1. Adakah Majlis Konvokesyen Ke-23 KUIS akan dijalankan secara fizikal?

    Ya. Majlis Konvokesyen Ke-23 KUIS akan dilaksanakan secara fizikal bagi semua sidang yang akan bermula pada 1hb hingga 6hb Disember 2021. Majlis akan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada arahan terkini daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

  2. Adakan terdapat ketetapan syarat khas bagi graduan yang dibenarkan menghadiri Majlis Konvokesyen KUIS?

    Semua graduan Majlis Konvokesyen ke-23 KUIS yang hadir mestilah telah lengkap divaksin dan telah memenuhi tempoh lengkap vaksinasi merujuk Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

  3. Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada nama saya tersenarai sebagai graduan bagi Majlis Konvokesyen ke-23?

    Graduan Majlis Konvokesyen ke-23 KUIS adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian pada Sesi II dan III 2018/2019 serta Sesi I 2019/2020 setelah mendapat pengesahan Senat KUIS. Senarai nama yang telah diperakukan oleh Senat KUIS telah dimuat naik pada laman sesawang http://ekonvo.kuis.edu.my/.

  4. Bagaimana cara untuk graduan mengetahui tarikh sidang konvokesyen masing-masing? 

    Kesemua maklumat berkaitan tarikh sidang konvokesyen boleh dirujuk dalam laman sesawang KUIS di alamat http://ekonvo.kuis.edu.my/

  5. Adakah ibu bapa/ pasangan/ ahli keluarga dibenarkan berada di dalam Pusat Konvensyen KUIS (PKK) atau di mana-mana kawasan dalam premis KUIS semasa Majlis Konvokesyen berlangsung?

    Tidak. Ibu bapa/pasangan/ahli keluarga tidak dibenarkan berada di dalam Pusat Konvensyen KUIS (PKK) atau di mana-mana kawasan dalam premis KUIS semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. Ini berdasarkan kepada faktor persekitaran KUIS yang tidak mampu untuk menampung jumlah keseluruhan pelajar semasa dalam kampus, graduan serta ibu bapa/pasangan/ahli keluarga pada satu-satu masa mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan penganjuran majlis rasmi.

  6. Bagaimana kaedah ibu bapa/pasangan/ahli keluarga untuk menyaksikan Majlis Konvokesyen KUIS yang sedang berlangsung?

    Ibu bapa/pasangan/ahli keluarga boleh mengikuti siaran langsung Majlis Konvokesyen KUIS ke-23 melalui media sosial rasmi KUIS sama ada di Facebook (FB) Live KUIS atau Channel YouTube KUIS.

  7. Sekiranya saya tidak sihat atau mempunyai gejala (seperti demam, batuk atau selesema), adakah saya dibenarkan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-23?

    Tidak. Graduan tidak dibenarkan hadir pada majlis berkenaan sekiranya tidak sihat atau bergejala.

  8. Adakah graduan perlu menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis KUIS termasuk Pusat Konvensyen KUIS (PKK)?

    Ya. Penggunaan aplikasi MySejahtera adalah DIWAJIBKAN sebelum graduan memasuki KUIS dan juga sebelum memasuki Pusat Konvensyen KUIS (PKK). Para graduan juga DIWAJIBKAN untuk mengemaskini status Covid-19 dalam aplikasi MySejahtera sebelum hadir ke Majlis Konvokesyen KUIS.

  9. Adakah graduan perlu memakai pelitup muka sepanjang Majlis Konvokesyen KUIS berlangsung?

    Ya. Graduan adalah diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung.

  10. Bolehkah graduan bersalaman dengan Pengerusi sidang semasa mengambil skrol di atas pentas?

    Tidak. Graduan tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan Pengerusi Sidang dan/atau tetamu kenamaan di atas pentas sebelum, semasa dan selepas mengambil skrol.

  11. Adakah Ekspo Konvokesyen dilaksanakan semasa Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-23 ini?

    Tidak. Ekspo Konvokesyen secara fizikal tidak akan diadakan sepanjang Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-23 berlangsung.

  12. Adakah perbarisan dan perarakan masuk graduan ke Pusat Konvensyen KUIS (PKK) akan dilaksanakan seperti Majlis Konvokesyen sebelum ini?

    Tidak. Graduan adalah tertakluk kepada Garis Panduan kemasukan ke Pusat Konvensyen KUIS (PKK) yang akan dimaklumkan di laman sesawang KUIS sebelum majlis berlangsung. Secara umumnya, graduan dikehendaki mematuhi ketetapan SOP yang telah ditetapkan oleh KPT dan MKN berkaitan pelaksanaan majlis secara fizikal.

  13. Sekiranya graduan hadir bersama ibu bapa/pasangan/ahli keluarga, di manakah ibu bapa/pasangan/ahli keluarga graduan boleh berada sementara menunggu majlis Konvokesyen KUIS selesai?

    Ibu bapa/pasangan/ahli keluarga tidak dibenarkan berada di dalam kawasan kampus KUIS sementara menunggu Majlis Konvokesyen KUIS selesai. Ibu bapa/pasangan/ahli keluarga boleh mengunjungi lokasi-lokasi menarik di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Nilai, Putrajaya dan kawasan sekitar yang terdekat.

  14. Bolehkah graduan bergambar di dalam Pusat Konvensyen KUIS (PKK) dan/atau dalam kawasan kampus KUIS selepas Majlis Konvokesyen KUIS selesai?

    Tidak. Graduan TIDAK DIBENARKAN bergambar di dalam PKK dan/atau dalam kawasan kampus KUIS selepas Majlis Konvokesyen selesai. Graduan dikehendaki terus beredar dari PKK mengikut panduan daripada petugas bagi urusan pemulangan jubah serta proses serahan skrol dan transkrip.

  15. Adakah graduan dibenarkan untuk membuat penangguhan kehadiran di Majlis Konvokesyen Ke-23 ke Majlis Konvokesyen seterusnya?

    Tidak Dibenarkan.

  16. Bagaimana saya hendak menentukan tahap kesihatan saya sebelum dibenarkan mengikuti Majlis Konvokesyen KUIS?

    Semua graduan termasuk petugas Majlis Konvokesyen perlu mengemaskini status COVID-19 di profil peribadi masing-masing melalui aplikasi MySejahtera. Hanya status berikut dibenarkan untuk mengikuti majlis konvokesyen:

                Risiko Rendah Kontak Kasual

  17. Adakah graduan perlu menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki Pusat Konvensyen KUIS?

    Ya. Penggunaan aplikasi MySejahtera DIWAJIBKAN sebelum graduan memasuki Pusat Konvensyen KUIS (PKK). Para graduan juga DIWAJIBKAN untuk mengemaskini status COVID-19 MySejahtera sebelum hadir ke Majlis Konvokesyen.

  18. Adakah graduan dibenarkan untuk membawa sebarang hadiah konvokesyen/ cenderamata ke Pusat Konvensyen KUIS?

    Sebarang hadiah konvokesyen/ cenderamata (contoh: jambangan bunga, jambangan coklat dan lain-lain yang seumpamanya) adalah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Pusat Konvokesyen KUIS (PKK). Sekiranya dibawa, barangan tersebut hendaklah ditinggalkan di luar dewan PKK dan pihak KUIS tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan kepada hadiah konvokesyen/cenderamata tersebut.