RAWATAN KECEMASAN

PBSM bertugas dari 8.00 am hingga 5.30 pm semasa Majlis Konvokesyen untuk memberi rawatan kecemasan (sahaja) kepada graduan dan juga tetamu graduan. Tempat operasi adalah di belakang PKK. Sila hubungi urusetia bertugas sekiranya anda atau keluarga memerlukan rawatan kecemasan. Sekiranya anda atau keluarga mengalami masalah gastrik pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan di mana-mana kedai makan atau di kafeteria yang terdapat di KUIS.

MASALAH KESIHATAN (Graduan Kelainan Upaya/ Mengandung)

Sekiranya graduan mengalami masalah kesihatan yang ketara dan bermasalah untuk beratur dan berjalan dalam perbarisan memasuki dewan seperti tidak upayaan berjalan, graduan wanita yang mengandung, wanita yang baru lepas bersalin atau memakai kerusi roda, sila lapor kepada urusetia yang bertugas mengatur perbarisan graduan di bangunan atau di pintu masuk Pusat Konvensyen KUIS.