PARKIR GRADUAN

1. Laluan masuk kenderaan graduan dan tetamu ke dalam kampus. 

Sila patuhi arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas bagi urusan keluar masuk kenderaan tuan/ puan.

2. Tempat letak kenderaan graduan, ibubapa/ tetamu graduan.

Tempat meletak kenderaan akan disediakan di zon-zon yang bersesuaian sepertimana yang ditetapkan oleh Seksyen Keselamatan KUIS (sila rujuk laman web KUIS untuk maklumat lanjut berhubung zon meletak kenderaan). Semua kenderaan graduan, ibubapa/ tetamu graduan hendaklah ditempatkan di zon-zon yang disediakan berdasarkan arahan daripada Pengawal Keselamatan yang bertugas. Sila patuhi arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan meletak kenderaan tuan/ puan.

*Sebarang pemakluman dan pindaan kepada zon meletak kenderaan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KUIS (www.kuis.edu.my)

**Bagi Sidang Petang, sila datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di laluan utama KUIS.