RINGKASAN ATUR CARA MAJLIS KEPADA GRADUAN

  1. Berkumpul di belakang Pusat Konvensyen KUIS (PKK)

    Para graduan dikehendaki berkumpul dengan berpakaian lengkap pakaian akademik graduan di belakang Pusat Konvensyen KUIS pada waktu yang ditetapkan. Para graduan diingatkan supaya tidak melengahkan masa untuk berkumpul.

  2. Proses susunan graduan

    Semasa proses penyusunan perbarisan graduan, nama akan dipanggil mengikut nombor giliran masing-masing. Nombor giliran dan KAD PINTAR boleh diperolehi semasa proses pengambilan jubah. KAD PINTAR akan digunakan untuk tujuan paparan maklumat graduan semasa graduan berjalan di pentas dan akan menjadi KAD ALUMNI kepada setiap graduan. SILA SIMPAN KAD TERSEBUT DAN BAWA BERSAMA KE ATAS PENTAS. KEGAGALAN UNTUK MEMBAWA KAD AKAN MENYEBABKAN GRADUAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK NAIK KE PENTAS. 

  3. Nama graduan diumum

    Semasa majlis penganugerahan, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma masing-masing.

  4. Penerimaan Ijazah Doktor Falsafah/ Sarjana/ Sarjana Muda atau Diploma 

    Apabila nama graduan diumumkan, graduan diminta berjalan terus ke arah Pengerusi Sidang Majlis Konvokesyen, tunduk sebagai tanda hormat, berjabat tangan (graduan lelaki sahaja) dan menerima Ijazah Doktor Falsafah/ Sarjana/ Sarjana Muda atau Diploma dengan kedua belah tangan dan beri ucapan "Terima Kasih" kepada Pengerusi Sidang Majlis Konvokesyen.

  5. Solat Zohor *bagi graduan sidang petang

    Sila pastikan anda mendaftar diri sebelum menunaikan Solat Zohor. Sebaik sahaja selesai solat, para graduan dikehendaki segera masuk ke dalam barisan mengikut susunan yang telah ditetapkan semasa mendaftarkan diri. Para graduan yang didapati tidak kembali dalam barisan 15 minit selepas Solat Zohor tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.