PENGAMBILAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN

Para graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau mendapatkan bantuan orang lain untuk berbuat demikian semasa majlis berlangsung di dalam dewan. Semua gambar semasa Majlis Konvokesyen akan dikendalikan oleh syarikat fotografi yang dilantik oleh KUIS. Para graduan akan dibekalkan kupon nombor selepas menerima sijil sewaktu Majlis Konvokesyen sedang berlangsung sebagai rujukan semasa pembelian gambar.

Bagi graduan yang berminat untuk membeli gambar, ianya boleh dituntut di Pusat Konvensyen KUIS semasa hari pemulangan jubah dengan membawa kupon nombor tersebut.

 

NOTA: Tarikh dan lokasi adalah sama seperti tarikh pemulangan jubah akademik. Sila rujuk Pemulangan Jubah Akademik.