PEMULANGAN JUBAH AKADEMIK GRADUAN DAN PENGAMBILAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK.

 1. Sijil dan Transkrip Akademik boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan jubah akademik graduan.

2. Merujuk dalam buku panduan graduan konvo ke-25, penalti akan dikenakan atas kelewatan pemulangan jubah sebanyak RM10.00 (sehari) termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum dengan membawa borang berikut;

  • ROBE RETURN VERIFICATION 2022
  • AUTHORISATION OF SCROLL AND ACADEMIC TRANSCRIPT COLLECTION 2022.
  • Graduan boleh mewakilkan kepada orang lain untuk memulangkan jubah. Borang wakil memulangkan jubah (Robe Return Verification) boleh diisi dan dimuat turun di http://ekonvo.kuis.edu.my/mykonvo/graduan/index.php dan mohon lampirkan bersama salinan kad pengenalan wakil.       
3. Bagi graduan yang tidak berkesempatan mengambil Sijil dan Transkrip Akademik atau tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, ianya boleh dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh Majlis Konvokesyen di Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA 1). Pihak KUIS tidak akan bertanggungjawab jika berlaku  kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas Sijil dan Transkrip Akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan di atas.