Perhatian kepada semua graduan:
- Portal Mykonvo (Pengesahan Kehadiran Graduan) telah dibuka secara rasmi pada 18 Julai 2022 sehingga 26 Julai 2022.
- Pengesahan Kehadiran Graduan perlu diisi dengan lengkap dengan kadar segera.
- Pembayaran yuran graduasi perlu dibuat sebelum atau pada 22hb Julai 2022 (Jumaat).
- Tatacara dan proses pengambilan jubah khas (5 hingga 12 Ogos 2022) dapat dilihat di pautan ini.
- Majlis Konvokesyen Ke-25 akan berlangsung secara bersemuka (fizikal) pada 14hb hingga 18hb Ogos 2022, bertempat di Pusat Konvensyen KUIS (PKK).
- Graduan diminta hadir ke Raptai Majlis Konvokesyen KUIS Kali Ke-25 pada 13hb Ogos 2022 (Sabtu), jam 10.00 pagi.
- Semakan tarikh dan masa Sidang Majlis Konvokesyen KUIS Ke-25 di pautan ini.
- Graduan wanita dimestikan/dikehendaki membawa face mask extender semasa Majlis Konvokesyen KUIS Kali Ke-25.